Empat lelaki ditahan merusuh guna kayu, jalur kuasa PDU
Iklan
Empat lelaki ditahan kerana dipercayai merusuh dan bersenjata kayu serta jalur kuasa PDU di tepi jalan Jasin-Bemban di sini, semalam. Gambar hiasan
JASIN - Empat lelaki ditahan kerana dipercayai merusuh dan bersenjata kayu serta jalur kuasa PDU di tepi jalan Jasin-Bemban di sini, semalam.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi, lelaki berusia 20 hingga 57 tahun itu antara tujuh suspek dipercayai terlibat dalam rusuhan yang turut melibatkan kemalangan tiga kenderaan di jalan raya berkenaan.
Iklan
Iklan
"Anggota bertugas di Balai Polis Bemban menerima panggilan telefon kira-kira jam 9 pagi daripada seorang lelaki memaklumkan berlaku kemalangan di jalan tersebut dan pengadu telah nampak seorang lelaki memegang sebatang kayu.
"Dalam kejadian itu, dipercayai berlaku pergaduhan antara tujuh lelaki serta kemalangan melibatkan tiga kenderaan iaitu dua daripadanya dinaiki kumpulan lelaki itu iaitu Wolkswagon Passat dan Mitsubishi Triton manakala satu lagi milik orang awam iaitu Toyota Vios," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Iklan
Beliau berkata, selepas pergaduhan berlaku, lima suspek telah melarikan diri dengan menaiki sebuah lagi kereta iaitu Proton Exora warna perak gelap dengan nombor pendaftaran tidak pasti dan telah meninggalkan Mitsubishi Triton di tepi jalan.
Dzulkhairi berkata, dua suspek ditahan di lokasi kejadian manakala dua lagi ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin semalam.
Iklan
Beliau berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 20 tahun itu mempunyai empat rekod lampau membabitkan kes jenayah namun ujian air kencing terhadap kesemua suspek negatif dadah.
Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengesan tiga lagi suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh di tempat awam. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>