18 maut bas terjunam ke dalam sungai

Iklan
Sekurang-kurangnya 18 orang maut manakala sembilan lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam Sungai Oued El Harrach di tengah Algiers.

ALGIERS (Algeria) - Sekurang-kurangnya 18 orang maut manakala sembilan lagi cedera selepas sebuah bas penumpang terjunam ke dalam Sungai Oued El Harrach di tengah Algiers, menurut Perkhidmatan Perlindungan Awam Algeria pada Jumaat, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Dalam satu kenyataan, perkhidmatan berkenaan memaklumkan kemalangan itu berlaku di bandar El Harrach, menyebabkan 18 maut dan sembilan yang lain cedera, termasuk dua dalam keadaan kritikal.

Iklan
Iklan

Sebanyak 25 ambulans, 16 penyelam dan empat bot dikerahkan untuk membantu mangsa. - Bernama/Anadolu