Ganjaran RM44.3 juta buru El Abuelo

Iklan
AS menawarkan ganjaran RM44.3 juta untuk maklumat yang membawa kepada penangkapan Farias Alvares atau lebih dikenali sebagai El Abuelo. Foto Jabatan Negara AS

WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) meningkatkan tekanan terhadap sindiket dadah Mexico dengan menawarkan ganjaran bernilai jutaan dolar bagi menahan beberapa pemimpin kanan kumpulan jenayah Carteles Unidos (United Cartels).

Ketua kumpulan itu, Juan Jose Farias Alvarez menjadi buruan utama dengan ganjaran AS$10 juta (RM44.3 juta) untuk maklumat yang membawa kepada penangkapannya.

Iklan
Iklan

Farias Alvares atau lebih dikenali sebagai El Abuelo merupakan salah seorang daripada lima pemimpin kanan United Cartels yang didedahkan pertuduhan jenayah mereka oleh Jabatan Kehakiman AS.

Menurut Peguam Negara, Pamela Bondi, langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan AS untuk melemahkan rangkaian kartel itu yang didakwa bertanggungjawab atas kematian dan kerosakan besar terhadap rakyat negara terbabit.

Iklan

Seiring dengan pengumuman itu, Jabatan Perbendaharaan AS turut mengenakan sekatan ke atas ahli United Cartels serta kumpulan sekutu mereka, Los Viagras.

Ganjaran turut ditawarkan terhadap pemimpin lain iaitu Nicolas Sierra Santana (El Gordo) dan Alfonso Fernandez Magallon (Poncho) sebanyak AS$5 juta (RM22.15 juta), manakala ganjaran AS$3 juta (RM13.29 juta) bagi Luis Enrique Barragan Chavez (Wicho) dan Edgar Orozco Cabadas (El Kamoni).

Iklan

Jabatan Negara AS pada Februari lalu, mengisytiharkan United Cartels dan beberapa kumpulan pengedaran dadah lain sebagai organisasi pengganas asing.

Pengumuman ganjaran terbaharu itu dibuat hanya dua hari selepas Mexico menyerahkan 26 individu dikehendaki ke AS, termasuk anggota kanan Kartel Jalisco Generasi Baharu dan Kartel Sinaloa.

Ia adalah pemindahan kedua sejak Presiden Donald Trump kembali ke Rumah Putih pada Januari lalu.