BUTTERWORTH - Polis sedang menyiasat video tular memaparkan kejadian rusuhan membabitkan sekumpulan individu di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki tempatan yang dibuat di Balai Polis Butterworth berhubung insiden itu.