Penjagaan peribadi yang dipacu teknologi terkini untuk membantu anda bergerak lebih baik dan pulih dengan lebih cepat
Di Hospital Gleneagles, kami percaya bahawa keupayaan untuk bergerak adalah asas kepada kebebasan dan kesejahteraan hidup. Namun, untuk mengekalkan keupayaan bergerak, rawatan perubatan khusus dan penjagaan menyeluruh daripada pelbagai disiplin sering kali diperlukan.
Pakar ortopedik kami sentiasa mengutamakan pesakit, dari awal diagnosis hinggalah sembuh. Kami menawarkan pelan rawatan yang disesuaikan khusus untuk pelbagai keadaan, termasuk gangguan tulang pediatrik yang jarang berlaku serta masalah tulang dan sendi kompleks dalam kalangan orang dewasa.
Anda adalah fokus kami. Tidak kira anda sedang pulih atau menangani sakit sendi yang berpanjangan, kami akan bersama anda di setiap langkah.
Dengan penekanan pada penjagaan berasaskan bukti, penggunaan teknik pembedahan terkini serta teknologi perubatan yang canggih, keutamaan kami adalah untuk memulihkan fungsi, mengurangkan kesakitan dan meningkatkan keupayaan pergerakan pesakit.
Golongan muda atau warga emas, ringan atau serius, matlamat kami tetap sama. Kami membantu anda supaya pulih, berdikari semula dan dapat menikmati hidup sepenuhnya.
Dalam ortopedik kanak-kanak, pengesanan awal dan rawatan segera boleh memberi perbezaan besar terhadap keupayaan mereka untuk bergerak dan membesar dengan sihat.
Antara keadaan yang biasa kami rawat termasuklah Displasia Pinggul Perkembangan (DDH) dan kaki belantan, juga dikenali sebagai congenital talipes equinovarus. Jika tidak dirawat, DDH boleh menyebabkan ketidakstabilan sendi dan osteoartritis awal.
Manakala kaki belantan yang tidak dirawat boleh menjejaskan keupayaan kanak-kanak untuk bergerak. Dengan intervensi awal, kami memberi peluang terbaik kepada kanak-kanak untuk menjalani masa depan yang sihat dan aktif.
Komplikasi ortopedik juga boleh berlaku dalam kalangan dewasa, terutama apabila kecederaan lama memberi kesan jangka panjang.
Tidak kira sama ada merawat masalah sejak lahir dalam kalangan kanak-kanak atau membantu orang dewasa mengatasi kesan kecederaan lama, matlamat kami tetap sama iaitu membantu pesakit bergerak semula, hidup lebih berkualiti dan terus menyokong pesakit sepanjang perjalanan pemulihan.
Kepakaran Bertemu Teknologi - Merintis Rawatan Lebih Cemerlang
Hospital Gleneagles, sebahagian daripada rangkaian dipercayai IHH Healthcare Malaysia yang merangkumi 18 hospital di seluruh negara, kini mentakrifkan semula penjagaan ortopedik. Dengan menggabungkan teknologi perubatan terkini dan kepakaran klinikal secara menyeluruh, kami komited untuk memberikan hasil rawatan yang lebih baik kepada setiap pesakit. Melalui tumpuan terhadap ketepatan, inovasi dan penjagaan yang penuh belas ihsan, kami terus meningkatkan standard dalam rawatan ortopedik untuk membantu pesakit mendapatkan semula pergerakan, berdikari dan kualiti hidup yang lebih baik.
Salah satu kemajuan utama kami ialah pembedahan bantuan robotik, terutamanya bagi penggantian sendi lutut dan pinggul. Teknologi canggih ini mengubah prosedur sendi dengan meningkatkan ketepatan pembedahan, penjajaran yang lebih baik serta hasil yang lebih konsisten.
Menerusi prosedur invasif minimum, pesakit akan menikmati manfaat seperti kesakitan pasca pembedahan yang berkurangan, tempoh penginapan di hospital yang lebih singkat, dan tempoh pemulihan yang lebih cepat. Inovasi ini bukan sahaja meningkatkan pengalaman pembedahan, malah menyokong pergerakan dan keselesaan jangka panjang yang lebih baik.
Hospital Gleneagles telah menunjukkan pengalaman yang luas dalam menguruskan kes ortopedik yang kompleks, terutamanya dalam penggantian lutut penuh.
Pembedahan bantuan robotik yang menekankan keselamatan pesakit, pemulihan menyeluruh dan peningkatan kualiti hidup telah memberi peluang kepada ramai pesakit untuk pulih semula dan kembali aktif seperti biasa.
Perkhidmatan Ortopedik Komprehensif untuk Keperluan Berbeza
Hospital Gleneagles menawarkan pelbagai rawatan ortopedik yang dirangka untuk memulihkan pergerakan, mengurangkan kesakitan dan meningkatkan fungsi harian. Perkhidmatan ini termasuk:
- Artroplasti:
Prosedur pembedahan untuk menggantikan sendi yang rosak dengan implan buatan, memulihkan mobiliti dan mengurangkan kesakitan.
- Artroskopi:
Prosedur pembedahan invasif minimum yang digunakan untuk mendiagnosis dan membaiki masalah sendi, membolehkan pemulihan yang lebih cepat dan masa rehat yang lebih singkat.
- Tangan dan Pergelangan Tangan:
Rawatan seperti melegakan terowong karpal dan jari pencetus dapat mengurangkan tekanan pada saraf atau tendon dan membantu tangan berfungsi dengan lebih baik.
- Tulang Belakang:
Pembedahan khusus seperti pembetulan skoliosis, disektomi lumbar dan prosedur dekompresi (lamektomi/laminotomi) digunakan untuk merawat masalah tulang belakang dan meningkatkan kestabilan.
- Fraktur dan Trauma:
Teknik lanjutan termasuk penggunaan pin, plat, skru dan wayar digunakan untuk melurus dan menstabilkan tulang yang patah bagi memastikan penyembuhan yang berkesan.
Setiap pelan rawatan diperibadikan untuk memulihkan fungsi fizikal, meningkatkan daya tahan fungsi dan meningkatkan kualiti hidup.
Pasukan perunding ortopedik kami yang berkemahiran tinggi menawarkan penjagaan khusus merangkumi pelbagai perkhidmatan daripada perubatan sukan dan artroskopi, penggantian serta pembinaan semula sendi, pengurusan trauma dan patah tulang, ortopedik pediatrik, pembedahan tangan dan mikro, serta pembedahan kaki dan buku lali. Kepelbagaian perkhidmatan ini membolehkan pesakit menerima rawatan menyeluruh dan bersepadu, semuanya di bawah satu bumbung.
Bukan Sekadar Pembedahan: Pemulihan Menyeluruh dari Awal hingga Akhir
Gambar ini adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja. Ia tidak mewakili sebarang kejadian, prosedur perubatan atau interaksi sebenar antara profesional penjagaan kesihatan dan pesakit.
Sokongan pemulihan di Hospital Gleneagles merangkumi pelbagai perkhidmatan. Fisioterapi akuatik berimpak rendah membantu pembinaan kekuatan dengan mengurangkan tekanan pada sendi, manakala protokol pengurusan kesakitan lanjutan menggalakkan pengalaman penyembuhan yang lebih baik.
Program Enhanced Recovery After Surgery (ERAS) membantu pesakit mampu bergerak lebih awal, sekali gus memendekkan tempoh rawatan di hospital.
Rawatan Klinikal Cemerlang, Demi Kesihatan Anda
Di Gleneagles Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor dan Kota Kinabalu, pesakit mendapat rawatan ortopedik khusus dengan mudah, hasil kepakaran lebih 50 pakar ortopedik yang berpengalaman.
Rangkaian seluruh negara ini memastikan kesinambungan penjagaan dan kepakaran klinikal yang lancar tidak kira di mana pesakit memulakan perjalanan mereka.
Di Hospital Gleneagles, kecemerlangan klinikal diukur melalui apa yang benar-benar penting iaitu pergerakan yang dipulihkan, risiko selepas pembedahan yang lebih rendah dan pemulihan yang lebih cepat serta selamat.
Melalui protokol piawai dan amalan berasaskan bukti, setiap pesakit menerima penjagaan berkualiti tinggi secara konsisten yang direka untuk memulihkan pergerakan dan meningkatkan kualiti hidup.
Pelaburan untuk Masa Depan Mobiliti yang Lebih Baik
Hospital Gleneagles terus menerajui bidang rawatan ortopedik melalui pelaburan berterusan dalam teknologi perubatan terkini, kepakaran klinikal dan pendekatan yang berpusatkan pesakit.
Setiap langkah kemajuan, sama ada melalui pembedahan robotik atau pemulihan menyeluruh, dilakukan demi satu tujuan, agar anda boleh terus melangkah dengan yakin, menikmati hidup sepenuhnya dan kekal berdikari sepanjang hayat.
Komitmen ini seterusnya dicerminkan dalam penyampaian penjagaan pakar melalui pelan rawatan yang diperibadikan dengan teliti disesuaikan dengan keperluan setiap pesakit.
Untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan ortopedik atau untuk mengatur rundingan, lawati https://gleneagles.com.my/medical-specialties/orthopaedic-trauma-surgery hari ini.
Artikel ini mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia bernombor KKLIU 2582 / EXP 31.12.2027