Pencemaran plastik cemar Asia

Iklan
Timbunan sisa plastik dikumpulkan dari sungai dan tapak pelupusan di kilang kitar semula.

 

GENEVA - Seorang pengutip sampah dari Dhaka, Bangladesh, Kulsum Beghum, 55, mendedahkan darahnya mengandungi 650 partikel mikroplastik setiap mililiter hasil analisis dibiayai kesatuan pekerja sampah.

Iklan
Iklan

“Plastik tidak baik untuk saya,” katanya kepada AFP ketika hadir di Geneva bagi memberi kesaksian sempena rundingan 184 negara membentuk perjanjian global pertama menangani pencemaran plastik.

Beghum mengimbas kembali penggunaan plastik di negaranya sejak 30 tahun lalu, bermula untuk minyak masak dan minuman ringan sebelum beg plastik menggantikan beg guni.

Iklan

Aktivis memegang plakad Stop Plastic ketika membantah di luar BEXCO, Busan di Korea Selatan. SUMBER FOTO: AFP

Kini, plastik memenuhi jalan, pantai dan longkang di antara negara termiskin di dunia itu.

Iklan

Beliau mahu plastik tidak boleh dikitar semula diharamkan kerana tiada nilai jualan.

Keadaan sama dihadapi Indumathi dari Bangalore, India, yang memaklumkan 60 peratus plastik di pusat pengasingannya terdiri daripada bungkusan kerepek dan plastik berlapis yang tiada pasaran kitar semula.

Pengutip sampah mengasingkan beg plastik untuk dikitar semula di Dhaka.

Pakar kimia polimer, Stephanie Reynaud, menyifatkan plastik berlapis sebagai 'bencana alam sekitar' kerana ia mustahil dikitar semula.

Malah, selepas larangan beg sekali guna di India pada 2014, bekas makan polypropylene sekali guna pula membanjiri jalan dan tapak pelupusan.

Laporan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) mendapati penggunaan plastik di rantau itu terutamanya di Asia Tenggara meningkat sembilan kali ganda sejak 1990 kepada 152 juta tan pada 2022.

Timbunan sisa plastik di tapak pelupusan pinggir Bengaluru, India.

Namun, dasar lebih tegas mampu mengurangkan sisa sehingga 95 peratus menjelang 2050.

Menurut NGO Trash Heroes, banjir plastik sekali guna di Asia menggantikan bahan tradisional seperti daun pisang dan bekas logam, satu bentuk 'penjajahan baharu' yang menghakis budaya.

Yuyun Ismawati Drwiega di Indonesia pula menyifatkan pek kecil syampu dan sos sebagai racun industri kerana mudah dijual tetapi sukar dilupuskan.

Di Bali, Ismawati Drwiega mengendalikan lawatan Beauty and the Beast yang memaparkan kontras antara pantai dan hotel mewah dengan lorong dipenuhi sampah, kilang tauhu menggunakan plastik sebagai bahan bakar dan tapak pelupusan yang membukit.