Lelaki kurang siuman tidak berpakaian buat kecoh
Iklan
Anggota bomba terpaksa menembak air dari pam jentera bagi menghalang lelaki berkenaan terus bertindak agresif.
BUKIT MERTAJAM - Khidmat sepasukan anggota bomba digunakan bagi menangkap seorang lelaki warga Myanmar kurang siuman yang membuat kecoh di hadapan sebuah restoran di Jalan Kubang Semang pada petang Jumaat.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima maklumat insiden itu daripada polis kira-kira jam 4.46 petang bagi memohon bantuan menangkap lelaki berkenaan yang tidak berpakaian selain bertindak agresif memegang peralatan tajam.
Iklan
Iklan
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Penanti bergegas ke lokasi kejadian bagi memberikan bantuan menangkap individu terbabit.
"Bagi mengawal keadaan, seramai enam anggota bomba yang terlibat termasuk tindakan Pasukan Keluaran Operasi (PKO) membuat semburan air dari pam jentera dan berjaya menghalang lelaki itu daripada terus bertindak agresif.
Iklan
"Lelaki berusia lingkuan 30-an itu kemudiannya berjaya ditangkap dalam tempoh kurang sejam sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.
John Sagun berkata, operasi tamat sepenuhnya pada jam 5.40 petang dan tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>