Dua maut strok haba di Israel, suhu cecah hampir 50 darjah Celsius

Iklan
Seorang lelaki terjun ke dalam air sementara orang ramai menyejukkan badan di mata air Ein Lavan, pinggir Baitulmaqdis ketika gelombang haba melanda pada 13 Ogos 2025.-Agensi

TEL AVIV – [DIKEMAS KINI] Dua lelaki dilaporkan maut pada Rabu akibat strok haba apabila suhu mencecah paras tertinggi ketika gelombang haba berterusan di Israel.

Perkhidmatan Meteorologi Israel (IMS) memaklumkan, suhu di Kibbutz Gilgal, Lembah Jordan mencecah 49.7 darjah Celsius memecah rekod lama 49.3 Celsius.

Iklan
Iklan

Seorang lelaki berusia 70 tahun di bandar Eilat rebah dan meninggal dunia manakala mangsa kedua berusia 60-an di Rishon Lezion turut maut selepas mengalami simptom sama.

Pasukan perubatan gagal menyelamatkan kedua-duanya.

Iklan

Sementara itu, beberapa kawasan lain turut mencatat suhu luar biasa termasuk Kfar Blum (46.8 darjah Celsius), Safed (41.4 darjah Celsius) dan Jerusalem (40.8 darjah Celsius).

Tel Aviv pula merekodkan suhu tertinggi iaitu 33.5 darjah Celsius.

Iklan

Gelombang haba ini turut menyebabkan penggunaan elektrik mencecah 17,287 megawatt, rekod tertinggi negara haram itu untuk hari keempat berturut-turut.

Kereta Api Israel turut mengehadkan kelajuan kepada 80 kilometer sejam di beberapa laluan kerana rel mengembang akibat panas melampau, sekali gus menyebabkan kelewatan perjalanan.

Pihak berkuasa mengeluarkan larangan masuk ke semua laluan mendaki hingga Sabtu serta melarang unggun api di kawasan terbuka bagi mengelak risiko kebakaran hutan.

IMS menasihati orang ramai supaya kekal di dalam rumah pada waktu puncak panas, minum air secukupnya bagi mengelak pendedahan lama kepada matahari dan memakai pakaian berwarna cerah.-Agensi