Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus suku kedua 2025
Iklan
Ekonomi Malaysia berkembang 4.4 peratus pada suku kedua 2025 dipacu permintaan domestik kukuh. Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 4.4 peratus pada suku kedua 2025 bersamaan pertumbuhan 4.4 peratus pada separuh pertama 2025, didorong oleh permintaan dalam negeri yang kukuh.
Pada suku kedua 2024, ekonomi negara berkembang sebanyak 5.9 peratus.
Iklan
Iklan
Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, perbelanjaan isi rumah kekal mampan berikutan keadaan pasaran pekerja yang positif dan langkah-langkah dasar berkaitan pendapatan, termasuk semakan kenaikan gaji minimum dan gaji penjawat awam.
"Pelaburan swasta dan awam mencatatkan pengembangan lebih kukuh, disokong oleh pelaksanaan projek baharu dan sedia ada.
Iklan
"Dalam sektor luaran, pertumbuhan eksport lebih perlahan disebabkan terutamanya oleh eksport berkaitan komoditi yang lebih rendah. Keadaan ini sebahagiannya diimbangi oleh eksport elektrik dan elektronik (E&E) yang lebih teguh dan aktiviti pelancongan yang lebih giat,” kata beliau ketika mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2025 di sini pada Jumaat.
Pada masa yang sama, beliau berkata, pertumbuhan import lebih tinggi, didorong oleh permintaan yang kukuh untuk barangan modal, yang mencerminkan aktiviti pelaburan yang lebih tinggi.
Iklan
Beliau berkata, dari segi penawaran, pertumbuhan didorong oleh sektor perkhidmatan dan perkilangan.
"Sektor perkhidmatan disokong oleh perkhidmatan berkaitan pengguna dan kerajaan manakala pertumbuhan yang stabil dalam kelompok berorientasikan dalam negeri menyokong prestasi dalam sektor perkilangan.
"Secara keseluruhan, pertumbuhan terjejas oleh penguncupan dalam sektor perlombongan berikutan pengeluaran komoditi yang lebih rendah," katanya.
Abdul Rasheed berkata, pada asas suku tahunan terlaras secara bermusim, pertumbuhan berkembang sebanyak 2.1 peratus daripada 0.7 peratus pada suku pertama 2025.
Mengenai inflasi, beliau berkata, inflasi keseluruhan menurun kepada 1.3 peratus manakala inflasi teras kekal stabil pada 1.8 peratus berbanding 1.5 peratus dan 1.8 peratus pada suku pertama 2025.
"Penurunan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh harga bahan api yang lebih rendah seperti petrol RON97 dan diesel, dan peningkatan harga yang lebih perlahan bagi item berkaitan makanan khususnya makanan segar dan makanan di luar rumah," katanya.
Abdul Rasheed berkata, inflasi keseluruhan diunjurkan kekal sederhana, dengan purata antara 1.5 peratus hingga 2.3 peratus pada 2025 berikutan keadaan kos dan permintaan yang sederhana.
"Julat unjuran inflasi keseluruhan pada tahun ini disemak kepada julat yang lebih rendah berikutan prospek kos dan permintaan yang lebih sederhana berbanding unjuran pada bulan Mac 2025," katanya.
Sementara itu, Abdul Rasheed Ghaffour berkata, BNM menjangkakan perkembangan tarif perdagangan akan mempengaruhi prospek global dan dalam negeri untuk baki tahun ini.
Menurutnya, persekitaran luaran kekal mencabar, dengan ketidakpastian berkaitan tarif terus wujud dan kesannya akan mengambil masa sebelum benar-benar dirasai.
"Meskipun begitu, Malaysia menghadapi kesemua cabaran ini dari kedudukan yang kukuh. Ekonomi negara kekal berada pada landasan yang utuh, disokong oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan, permintaan berterusan untuk barangan E&E dan struktur eksport yang pelbagai.
"Kesemua asas ini, bersama-sama dengan pembaharuan struktur yang berterusan, memastikan Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk menghadapi landskap global yang sentiasa berubah-ubah," katanya.
Walaupun terdapat risiko luaran, Abdul Rasheed berkata, pertumbuhan ekonomi disokong teguh oleh permintaan dalam negeri yang berdaya tahan, yang berfungsi sebagai penampan terhadap rintangan global. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution"><meta itemprop="description" content="Empat sekatan dikenakan terhadap Najib sepanjang tahanan rumah - Saifuddin Nasution
Beberapa sekatan atau syarat- syarat yang dinyatakan Lembaga Pengampunan untuk dilaksanakan oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menjalani baki hukuman penjara enam tahun menerusi tahanan rumah sehingga 23 Ogos 2028.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, syarat-syarat itu ada empat petak iaitu sekatan tempat tinggal dan pergaulan, kawalan pergerakan dan lawatan, sekatan penggunaan telefon dan alat telekomunikasi serta kena hadir program pemulihan dan intervensi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804240/berita/nasional/empat-sekatan-dikenakan-terhadap-najib-sepanjang-tahanan-rumah---saifuddin-nasution
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Tahananrumah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:42:00.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P208S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvpam"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvpam"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvpam"></script>
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>