PIBG ada peruntukan lebih digalak pasang CCTV di sekolah

Iklan
Jalaluddin (kanan) menyampaikan sumbangan bantuan mingguan kepada penerima.

JELEBU - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang berkemampuan dan mempunyai sumber kewangan kukuh digalak membantu pihak sekolah terutama sekolah berasrama memasang kamera litar tertutup (CCTV).

Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, cadangan supaya CCTV dipasang di sekolah berasrama sangat baik dan ia sepatutnya dilaksanakan dari dahulu lagi

Iklan
Iklan

" PIBG atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkemampuan boleh membantu pihak sekolah memasang CCTV berkenaan tak perlu mengharapkan peruntukan daripada kerajaan.

"Saya dimaklumkan ada beberapa sekolah berasrama penuh termasuk Maktab Rendah Sains MARA mengambil keputusan untuk memasang sendiri CCTV dan ia sepatutnya boleh dicontohi oleh mereka yang lain," katanya.

Iklan

Beliau ditemui di Majlis Penyerahan Bantuan di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Jelebu pada Jumaat.

Pada masa sama beliau juga Ahli Parlimen Jelebu berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) turut disaran meneliti keperluan pemasangan CCTV bagi sekolah berasrama yang mempunyai sumber kewangan terhad

Iklan

"Kita faham KPM juga mempunyai dana terhad untuk memasang CCTV di semua sekolah berasrama namun KPM wajar meneliti sekiranya terdapat keperluan mendesak, sekolah itu wajar diberi keutamaan.

"Tiada masalah juga sekiranya inisiatif itu diambil oleh PIBG atau NGO memasang CCTV berkenaan," katanya.