Piawaian halal Malaysia seragam, tidak berubah

Iklan
PENSIJILAN halal hanya akan diberikan kepada loji sembelihan luar negara yang memenuhi tiga dokumen penting iaitu Standard Malaysia bagi operasi halal, Protokol Malaysia bagi pengeluaran daging dan unggas halal serta Protokol Import yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar. -Foto: CANVA

JABATAN Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tetap berpegang teguh kepada piawaian halal Malaysia yang bersifat seragam dan tidak berubah mengikut negara asal pengeluar daging atau produk berasaskan haiwan yang dieksport ke negara ini.

Pengarah Kanan Cawangan Antarabangsa Bahagian Pengurusan Halal Jakim, Muhammad Naim Mohd Aziz menjelaskan, piawaian halal yang diguna pakai ketika ini telah dibangunkan sejak puluhan tahun lalu dan masih kekal sebagai rujukan utama dalam proses pensijilan sehingga hari ini.

Iklan
Iklan

“Kemudian aspek pelengkapnya adalah kebersihan dan toyyiban (baik serta selamat),” katanya kepada Bernama TV.

MUHAMMAD NAIM

Iklan

Jelas Muhammad Naim, pensijilan halal hanya akan diberikan kepada loji sembelihan luar negara yang memenuhi tiga dokumen penting iaitu Standard Malaysia, Protokol Malaysia dan Protokol Import yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

Jelas beliau, syarat paling asas ialah loji itu perlu berstatus hanya memproses haiwan halal tanpa sebarang percampuran dengan sumber yang diragui atau tidak halal.

Iklan

“Rumah sembelihan atau loji pemprosesan haiwan itu hanya akan diberikan kelulusan jika ia hanya memproses haiwan halal sahaja,” katanya.

Bukan itu sahaja, setiap loji juga diwajibkan mempunyai sistem kawalan halal dalaman termasuk penyembelih beragama Islam, pemeriksa halal dan penyelia yang bertanggungjawab memantau keseluruhan proses bermula dari kemasukan haiwan hidup sehinggalah ke peringkat pembungkusan.

“Mereka mesti mempunyai pengawas halal yang akan membuat penilaian sama ada sembelihan itu sempurna atau tidak dan kita juga syaratkan kepada loji berkenaan memiliki penyelia yang akan memantau keseluruhan aktiviti terlibat dalam loji sembelihan.

“Ini bermakna, bermula daripada penerimaan haiwan, penyembelihan, pemeriksaan, pemotongan dan pembungkusan sehinggalah produk sedia untuk dihantar atau dipindahkan dari loji ke lokasi seterusnya, semua peringkat ini akan diaudit secara teliti,” jelas beliau.