Najib mungkin dipenjara di rumah pada November
Iklan
Najib ketika hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Julai lalu bagi pendengaran saman SRC International. (Gambar kecil: Haniff Khatri)
PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkemungkinan menjalani pemenjaraan di rumah selewat-lewatnya November ini sekiranya Mahkamah Tinggi memutuskan Titah Adendum terhadap bekas Perdana Menteri itu sah.
Peguam, Hanif Khatri Abdulla berkata, perkara itu boleh dilaksanakan walaupun pihak pendakwa raya memfailkan rayuan, kecuali jika mahkamah membenarkan permohonan penggantungan pelaksanaan.