Pemuda Amanah Kelantan tidak pernah tunggang isu Wan Ahmad Faris, Zara Qairina
Iklan
Mohd Zulhazmin
KOTA BHARU – Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah ‘menunggang’ isu kematian Wan Ahmad Faris dan kes Zara Qairina Mahathir sebagai alat politik.
Ketuanya, Mohd Zulhazmin Hassan sebaliknya berkata, perkara tersebut merupakan isu kemanusiaan yang perlu diberi keadilan tanpa prejudis.
Iklan
Iklan
"Tuduhan yang dilemparkan oleh Pemuda Pas Kelantan kononnya kami (Pemuda Amanah Kelantan) mengambil kesempatan politik dalam isu berkenaan adalah tidak berasas dan melulu.
“Kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Ini bukan soal politik, ini soal nyawa dan keadilan buat sebuah keluarga yang sekian lama berjuang mempertahankan maruah arwah anak mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Iklan
Menurut Mohd Zulhazmin, pihaknya tidak pernah meletakkan kerajaan negeri sebagai pihak bersalah, malah mengalu-alukan kerjasama untuk sama-sama menuntut keadilan dalam kes Allahyarham Wan Ahmad Faris.
Ujarnya, Pemuda Amanah Kelantan menghormati proses perundangan dan menyerahkan kepercayaan penuh kepada pihak berkuasa.
Iklan
"Tetapi jangan pula apabila kami nyatakan sokongan kepada keluarga arwah, Pemuda Amanah dituduh bermotif politik,” ujarnya.
Mohd Zulhazmin turut mempersoalkan tindakan Pemuda Pas yang tidak menunjukkan kesungguhan dalam kes Wan Ahmad Faris seperti mana mereka memberi perhatian dalam kes Zara Qairina.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Van sekolah operasi tanpa permit, insurans serta daif kaut untung RM10,000 sebulan"><meta itemprop="description" content="Pemilik van persendirian dipercayai mengaut keuntungan sehingga RM10,000 sebulan dengan mengendalikan perkhidmatan van sekolah secara haram tanpa permit dan perlindungan insurans, selain menggunakan kenderaan yang berada dalam keadaan daif sehingga boleh membahayakan keselamatan pelajar.
Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, pengusaha terbabit turut didapati membawa pelajar secara berhimpit-himpit sehingga melebihi kapasiti yang dibenarkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803951/edisi/kelantan/van-sekolah-operasi-tanpa-permit-insurans-serta-daif-kaut-untung-rm10000-sebulan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #JPJ #VanSekolah"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T07:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P173S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvdxoq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvdxoq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvdxoq"></script>