SPRM perkukuh koordinasi antara agensi pulih aset hasil jenayah

Iklan
Azam (tengah) ketika RTD Ketua Pesuruhjaya SPRM di Kuala Lumpur pada Khamis. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

KUALA LUMPUR – Persidangan Meja Bulat (RTD) Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadi inisiatif utama sebagai platform sinergi antara agensi melalui kerjasama strategik dengan matlamat memperkukuh penyelarasan dasar dalam usaha membanteras pengubahan wang haram secara menyeluruh.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, RTD ini merupakan inisiatif di bawah Pelan Strategik 2021–2025, Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML).

Iklan
Iklan

Azam

Menurutnya, penganjuran persidangan ini bermula bersama institusi kewangan pada 2022, diteruskan pada tahun 2023, dan kali ketiga diadakan pada 17 Oktober 2024.

Iklan

“Pada hari ini, SPRM memberi tumpuan kepada pengukuhan koordinasi antara agensi dalam proses pelupusan harta tak alih, yang menjadi antara cabaran utama dan memerlukan kerjasama erat bagi memastikan pengurusan aset negara dapat dilaksanakan dengan lebih cekap, telus, dan berkesan.

“RTD menjadi platform perbincangan antara SPRM, agensi penguatkuasaan, agensi kerajaan persekutuan dan negeri serta pihak berkepentingan lain bagi membincangkan isu pelucuthakan dan pelupusan harta tak alih hasil jenayah,” katanya dalam Program RTD Ketua Pesuruhjaya SPRM di sini pada Khamis.

Iklan

Turut hadir Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan; serta Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam.

Tambah Azam, RTD juga akan memperkukuh kerjasama, penyelarasan dan jaringan strategik antara pelbagai pihak bagi memastikan proses pelupusan aset lucut hak berjalan secara pragmatik, efisien dan berintegriti.

Jelasnya, usaha pemulihan aset ialah komponen kritikal dalam memerangi jenayah kewangan rentas sempadan.

“Ia bukan sekadar inisiatif domestik, tetapi merupakan tuntutan dan kehendak piawaian antarabangsa yang digariskan oleh badan-badan seperti Financial Action Task Force (FATF) dan United Nations Convention Against Corruption (UNCAC),” ujarnya.

Kata beliau, dalam konteks Malaysia, komitmen SPRM terhadap piawaian antarabangsa ini adalah jelas.

“Operasi-operasi SPRM sebelum ini seperti Op Metal dan sitaan aset kes penyelewengan dana lebuh raya adalah selaras dengan kehendak FATF serta UNCAC untuk memulihkan aset yang diperoleh daripada aktiviti jenayah,” katanya.

Tegas Azam, langkah mengembalikan hasil negara yang telah diseleweng akan sekali gus memulihkan keyakinan rakyat terhadap integriti sistem keadilan.