Rekayasa KESUMA formula terbaik

Iklan
Dari kanan: Steven Sim, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Menteri KESUMA, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad ketika menghadiri Sesi Sembang Santai Teh Tarik Industri Gig yang diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Hanya dalam tempoh 18 bulan,  Kementerian Sumber Manusia  (KESUMA) di bawah kepimpinan  Steven Sim Chee Keong telah  memacu perubahan menyeluruh  terhadap dasar pekerjaan negara  menerusi inisiatifnya, Rekayasa KESUMA.

Ia mencerminkan komitmen teguh  kerajaan dalam membina ekosistem  pekerjaan yang adil, efi sien, berdaya  saing berpaksikan tiga tonggak utama  iaitu kemahiran, kebajikan serta  keberhasilan (3K). 

Iklan
Iklan

Menurut Jabatan Perangkaan  Malaysia (DOSM), kadar pengangguran  negara kini mencatat paras 3.1 peratus  iaitu yang terendah dalam tempoh  sedekad, sekali gus menunjukkan  momentum pemulihan stabil, hasil  dasar-dasar pekerjaan yang proaktif. 

Kadar inflasi negara juga kekal  terkawal dan antara yang terendah  dalam tempoh 51 bulan, seterusnya  memperkukuh keyakinan terhadap  keupayaan Malaysia dalam mengurus  ekonomi secara menyeluruh. 

Iklan

KESUMA memainkan peranan  penting dalam menyokong kerangka  Ekonomi Madani dengan memastikan  kesejahteraan pekerja dan kecekapan  tenaga kerja menjadi tonggak kepada  pertumbuhan inklusif serta pembangunan  negara yang berdaya tahan.

Penambahbaikan perkhidmatan  awam melalui Rekayasa KESUMA Rekayasa KESUMA melibatkan  pembaikan holistik ke atas perkhidmatan  awam kementerian melalui pendekatan kejuruteraan semula sistem (system re engineering) yang menyentuh  keseluruhan proses penyampaian,  bermula daripada capaian maklumat  hingga ke pemprosesan kelulusan. 

Iklan

Usaha itu bukan sekadar  penambahbaikan teknikal, tetapi satu  transformasi pentadbiran yang mendalam  bertujuan untuk mempercepat,  mempermudah dan mempertingkat  interaksi kerajaan dengan rakyat. 

Antaranya, proses pencarian  maklumat Mahkamah Perusahaan yang  sebelum ini memakan masa sebulan  selain dikenakan bayaran RM15.40, namun  kini hanya tiga hari dan percuma.  Pengeluaran Sijil Kemahiran Malaysia  (SKM) dipendekkan daripada dua bulan  kepada dua minggu sekali gus  mempercepatkan kemasukan graduan  Pendidikan dan Latihan Teknikal dan  Vokasional (TVET) ke pasaran kerja. 

Bagi kelulusan Pas Pegawai Dagang  TalentCorp pula dipercepatkan kepada  tiga hari manakala kelulusan geran dan  tuntutan Human Resource Development  Corporation (HRD Corp) yang sebelum ini  mengambil seminggu, kini hanya sehari  sahaja dan pengeluaran surat jaminan  hospital Pertubuhan Keselamatan Sosial  (PERKESO) kini dalam masa satu jam  berbanding tiga hari sebelumnya. 

Selain mempercepatkan sistem,  Rekayasa tersebut juga meningkatkan  tahap ketelusan, mengurangkan birokrasi  dan memperkukuh kepercayaan rakyat  terhadap perkhidmatan kerajaan.

Membanteras buruh paksa demi  ekonomi beretika

KESUMA turut melaksanakan langkah  menyeluruh bagi membanteras buruh  paksa yang memberi kesan besar kepada  reputasi negara dan pelaburan asing. 

Pindaan Akta Kerja 1955 yang  dikuatkuasakan mulai Januari 2023 lalu  memperluaskan perlindungan kepada  semua pekerja tanpa mengira had gaji  dan memperkenalkan hukuman lebih  berat kepada pelaku buruh paksa.

Sebagai sebahagian daripada  reformasi 28 akta, kementerian turut  meminda Ordinan Buruh Sabah dan  Sarawak, Akta Perhubungan Perusahaan  serta Akta Kesatuan Sekerja.

Malaysia juga telah melaksanakan Pelan Tindakan Nasional  Membanteras Buruh Paksa  (NAPFL) dan Pelan Tindakan  Menangani Pemerdagangan  Orang (NAPTIP) yang disokong  oleh pengurusan pekerja asing  yang kini lebih beretika dan telus.

Melindungi pekerja gig: RUU  baharu 

KESUMA kini berada di  barisan hadapan dalam  mengarusperdanakan perlindu ngan terhadap pekerja ekonomi  gig, satu segmen tenaga kerja  yang selama ini terpinggir  daripada perlindungan undang undang. 

Terkini, seramai lebih empat  juta rakyat Malaysia atau 25  peratus daripada jumlah tenaga  kerja negara terlibat dalam  sektor gig, menjadikan usaha  kerajaan memperkenalkan Rang  Undang-Undang (RUU) itu  signifikan dan menepati  keperluan semasa.

RUU itu dijangka dibentangkan di  Parlimen Malaysia pada bulan ini demi  menjadikan Malaysia antara negara  pertama di dunia yang menyediakan  kerangka undang-undang khusus untuk  melindungi pekerja gig secara menyeluruh  iaitu daripada keselamatan sosial hingga  hak kontrak kerja yang adil.

 Rang Undang-Undang Pekerja Gig  bakal menjadikan Malaysia sebagai  negara ke-16 di dunia yang mempunyai  undang-undang khas untuk melindungi  pekerja sektor gig.

Pendapatan bermaruah melalui gaji  minimum dan dasar progresif

 Salah satu pencapaian terbesar  KESUMA ialah kenaikan kadar gaji minimum  pekerja sebanyak 13 peratus yang  diumumkan pada Oktober 2024. 

Dasar Gaji Progresif (DGP) yang selama  ini melalui fasa rintis, telah dilaksanakan  sepenuhnya mulai tahun ini.

Melalui pelaksanaan tersebut, seramai  50,000 pekerja dijangka akan menerima  manfaat.

KESUMA memperluas perlindungan  sosial dengan subsidi 70 peratus di bawah  Skim Keselamatan Sosial Pekerja Sektor  Informal (SKSPS) serta perluasan kepada  perlindungan 24 jam melalui Skim  Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK).

Program Daya Kerjaya 3.0 menawarkan  insentif RM600 selama tiga bulan kepada  pencari kerja aktif, manakala potongan  cukai diberikan kepada majikan yang  menyokong kerja fleksibel, pengambilan  semula wanita bekerja dan cuti khas  penjagaan keluarga. 

Membangun kemahiran masa depan  melalui TVET dan AI KESUMA melaksanakan program  reskilling, upskilling dan cross-skilling secara besar-besaran, sebanyak RM3  bilion diperuntukkan pada Januari 2025  bagi latihan kemahiran lebih tiga juta  pekerja, diikuti RM10 bilion pada Jun 2025  melalui HRD Corp.

Program khas seperti latihan percuma  10,000 peserta oleh Institut Keselamatan  dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)  dan Program Peningkatan Takat OKU  (OTEP) turut digerakkan dengan  peruntukan RM2 juta. 

Kerjasama strategik bersama Huawei  Malaysia dalam bidang TVET dan kajian  kesan kecerdasan buatan (AI), ekonomi  hijau serta digital terhadap pasaran kerja  turut menunjukkan kesediaan Malaysia  menghadapi cabaran pekerjaan masa  hadapan.

Malah, TalentCorp agensi di bawah  KESUMA telah melancarkan satu kajian  utama pada suku pertama 2025 yang  menyeluruh mengenai impak AI, digitalisasi dan peralihan kepada ekonomi hijau  terhadap tenaga kerja Malaysia. 

Sementara itu, dalam memastikan  kelestarian reformasi, integriti dijadikan  asas dalam semua aspek pengurusan  kementerian. 

Usaha bersama PERKESO dan  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia  (SPRM) turut membongkar kartel tuntutan  palsu dengan 33 individu termasuk tiga  doktor direman. 

Malaysia di ILC: Menjulang piawaian  buruh dan komitmen global

Pada Persidangan Buruh Antarabangsa  (ILC) ke-113, Steven Sim menyampaikan  laporan dan komitmen Malaysia kepada  dunia antaranya Malaysia telah membuat  lebih 100 penambahbaikan terhadap  undang-undang keselamatan dan  kesihatan pekerjaan selaras dengan  Konvensyen ILO C155 yang telah disahkan  pada tahun sebelumnya. 

Malaysia juga berjaya menyelaraskan  tiga piawaian buruh antara Semenanjung,  Sabah dan Sarawak yang sebelum ini  berbeza, sekali gus menjamin perlindungan  serta hak setara kepada semua pekerja  tanpa mengira wilayah. 

Perlindungan keselamatan sosial turut  diperluas kepada pekerja migran dan  meliputi perlindungan 24 jam sehari.  Negara mencatat kadar  pengangguran terendah dalam 10  tahun, gaji minimum berkanun  meningkat sebanyak 13 peratus dan gaji  median bulanan meningkat 11 peratus  berbanding tahun sebelumnya. 

Steven Sim turut berkongsi draf akhir  Rang Undang-Undang Pekerja Gig  sebagai langkah penting Malaysia untuk  menjadi antara negara pertama yang  menyediakan perlindungan undang undang khusus kepada tenaga kerja gig.

Melalui kepimpinan Malaysia dalam  pelaksanaan Tahun Kemahiran ASEAN  2025 bersama ILO, beliau menegaskan  bahawa hanya melalui solidariti dan  tindakan bersama, nasib pekerja serta  masa depan pekerjaan dapat diperkasa  secara menyeluruh.

Harapan baharu pekerja Malaysia Di bawah bumbung Rekayasa KESUMA,  tenaga kerja Malaysia kini lebih dihargai, dilindungi dan bersedia untuk  menghadapi masa depan. Malaysia kini berada di landasan yang  betul ke arah ekosistem pekerjaan yang  inklusif, berkemahiran tinggi dan bebas  eksploitasi. 

Dengan komitmen terhadap inovasi,  integriti dan kesejahteraan rakyat, KESUMA  terus membuktikan bahawa tenaga kerja  nadi kemajuan negara serta terus menjadi  harapan bangsa.