PUTRAJAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah digerakkan untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden serangan terhadap anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli di Putrajaya pada Rabu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya memandang serius kejadian tersebut dan menegaskan PDRM akan mengenal pasti serta membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.