SEOUL - Bekas Wanita Pertama Korea Selatan, Kim Keon Hee, akan disoal siasat oleh pendakwa khas pada Khamis susulan penahanannya awal minggu ini berhubung pelbagai dakwaan rasuah, lapor agensi berita Yonhap.
Pasukan pendakwa khas itu berkata, Kim telah dipanggil ke pejabat KT Gwanghwamun West di pusat bandar Seoul pada jam 10 pagi untuk sesi soal siasat pertama sejak dia ditahan lewat Selasa atas pertuduhan manipulasi saham, campur tangan pilihan raya dan rasuah.