KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan dua bentuk siasatan berhubung kes kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir, iaitu inkues bagi mengenal pasti punca kematian dan siasatan jenayah menjurus kepada perbuatan buli.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, kedua-dua siasatan itu akan dilakukan secara serentak dan menyeluruh mengikut prosedur undang-undang.