Permohonan inkues kes Zara Qairina dikemukakan seawal minggu depan

Iklan
M Kumar (tengah) pada sidang akhbar di Bukit Aman mengenai kematian Zara Qairina Mahathir.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjangka permohonan inkues berhubung kematian Allahyarham Zara Qairina Mahathir akan dikemukakan kepada koroner seawal minggu depan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, proses itu perlu melalui saluran undang-undang yang ditetapkan sebelum dibawa ke mahkamah.

Iklan
Iklan

"Kita sedang melengkapkan semua dokumen dan maklumat berkaitan bagi memastikan permohonan itu lengkap sebelum diserahkan kepada pihak terbabit.

"Jika semua berjalan lancar, permohonan itu dijangka dikemukakan kepada koroner seawal minggu depan," katanya pada sidang Akhbar di Bukit Aman di sini pada Rabu.

Iklan

 Kumar berkata, PDRM komited memastikan setiap langkah siasatan mematuhi prosedur dan memberikan kerjasama penuh kepada pihak mahkamah bagi mendapatkan keadilan dalam kes ini.

Sebelum ini, media melaporkan Zara Qairina ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam longkang berhampiran asrama sekolah agama tempatnya belajar pada pagi 16 Julai lalu, sebelum disahkan meninggal dunia ketika dirawat di hospital keesokannya.

Iklan

Kematian pelajar Tingkatan Satu itu mencetuskan perhatian meluas susulan dakwaan berlaku insiden buli membabitkan pelajar senior di sekolah berkenaan.