Sindiket love scam tumpas, empat warga asing ditahan
Iklan
Salah seorang suspek lelaki warga Nigeria dan wanita Indonesia yang ditahan di Klebang pada awal pagi Selasa.
MELAKA - Sindiket love scam yang memancing mangsa dengan janji palsu tumpas selepas polis menyerbu tiga unit kondominium di Klebang di sini pada awal pagi Selasa.
Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, dalam serbuan pada jam 2.45 pagi itu, empat suspek terdiri daripada tiga lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Indonesia berusia antara 39 hingga 47 tahun ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka.
Iklan
Iklan
Menurutnya, siasatan awal mendapati sindiket yang beroperasi sejak enam bulan lalu itu menggunakan modus operandi menyamar sebagai kekasih di Facebook sebelum memujuk mangsa memindahkan wang ke akaun e-dompet milik mereka.
Katanya, sindiket ini menjalankan aktiviti penipuan dalam talian dengan menyasarkan rakyat tempatan serta mangsa di luar negara seperti Filipina dan Indonesia.
Iklan
“Sepanjang tempoh perkenalan, sindiket ini akan meminta wang daripada mangsa dan wang tersebut dimasukkan ke dalam akaun e-dompet (Touch ’n Go) milik sindiket.
“Mereka yang ditahan berperanan sebagai pemilik profil Facebook palsu untuk menjadi teman lelaki atau kekasih dari luar negara kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Iklan
Ujarnya, polis turut merampas dua komputer riba, lapan telefon bimbit, enam pasport dan satu pemacu pena yang keseluruhannya dianggarkan bernilai RM15,000.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan kesemua suspek kini direman selama 14 hari bermula Selasa,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan"><meta itemprop="description" content="MB sahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz diputuskan semua Exco Negeri Sembilan
Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim mengesahkan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Beliau berkata, perkara itu telah diputuskan secara sebulat suara oleh semua ahli Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada mesyuarat 15 September lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/796689/edisi/melaka-ns/mb-sahkan-proklamasi-penurunan-takhta-tuanku-muhriz-diputuskan-semua-exco-negeri-sembilan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KrisisNegeriSembilan #Proklamasi"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-17T05:42:13.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P86S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb8thwm"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb8thwm"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb8thwm"></script>