Penunggang motosikal maut langgar pokok kelapa sawit tumbang

Iklan
Seorang lelaki maut selepas motosikalnya melanggar pokok kelapa sawit tumbang di Jalan Kampung Teluk Pelepat, Tanjung Sedili awal pagi Rabu. Foto IPD Kota Tinggi

KOTA TINGGI - Seorang lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangnya terlanggar sebatang pokok kelapa sawit tumbang di Jalan Kampung Teluk Pelepat, Tanjung Sedili di sini awal pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian tersebut pada jam 12.10 tengah malam hasil laporan orang awam.

Iklan
Iklan

“Kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang mangsa terlanggar pokok tumbang di lokasi.

“Perlanggaran itu menyebabkan mangsa berusia 26 tahun yang bekerja kampung, terjatuh dan mengalami kecederaan parah di kepala.

Iklan

“Mangsa kemudiannya dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Sedili namun meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sementara itu, Yusof berkata, mayat telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat.

Iklan

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.