SANTIAGO - Saintis menemui fosil mamalia kecil bersaiz tikus di Chile.
Yeutherium pressor seberat antara 30 dan 40 gram itu hidup ketika zaman Kapur Akhir, kira-kira 74 juta tahun lalu dan ia merupakan mamalia terkecil pernah dijumpai di Amerika Selatan sewaktu ia menjadi sebahagian daripada daratan benua digelar Gondwana.