Kemuncak fenomena hujan meteor Perseids bermula lewat malam ini - MYSA
Iklan
Sumber: Facebook Agensi Angkasa Malaysia (MYSA)
KUALA LUMPUR - Fenomena hujan meteor Perseids dijangka mencapai kemuncaknya lewat malam ini hingga awal pagi esok, dengan sehingga 100 meteor berpotensi kelihatan di langit dalam tempoh satu jam.
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam hantaran di Facebook hari ini, memaklumkan fenomena yang berlaku setiap tahun antara Julai hingga Ogos itu boleh disaksikan dengan mata kasar tanpa memerlukan teleskop jika pemerhati berada di kawasan gelap dan bebas daripada pencemaran cahaya.
Iklan
Iklan
"Namun bagi pemerhati di Malaysia, kenampakan mungkin tidak begitu jelas kerana kehadiran bulan dalam fasa sukuan akhir yang boleh menyebabkan langit menjadi lebih cerah dan mengurangkan bilangan meteor kelihatan,” menurut hantaran itu.
MYSA turut berkongsi beberapa langkah untuk mencerap fenomena itu, antaranya memilih lokasi terbuka yang gelap dan lapang, menyesuaikan mata dengan kegelapan selama 15 hingga 20 minit serta tidak hanya memfokuskan pandangan ke arah buruj Perseus kerana meteor boleh muncul dari pelbagai arah.
Iklan
Dinamakan sempena buruj Perseus, fenomena hujan meteor Perseids berlaku apabila bumi melintasi laluan orbit Komet Swift-Tuttle yang mempunyai diameter nukleus dianggarkan 26 kilometer dan mengambil masa 133 tahun untuk melengkapkan orbit mengelilingi matahari.
MYSA memaklumkan semasa komet berkenaan mengorbit menghampiri matahari, debu-debu yang terbebas disebabkan oleh proses pemejalwapan akhirnya akan berserakan dan membentuk laluan yang dipenuhi dengan sisa-sisa komet.
Iklan
"Sisa tinggalan ini akhirnya akan memasuki atmosfera bumi dan terbakar serta membentuk jalur bersinar yang panjang,” kata MYSA dan memaklumkan komet itu yang kali terakhir menghampiri bumi pada 1992 dan dijangka mendekati semula pada 2126. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>