Dua rakyat Malaysia terkandas di Maldives dibawa pulang
Iklan
Tangkap layar ruangan komen Facebook Syahril Mazlan mengucapkan terima kasih kepada Hishammuddin atas usaha membawa pulang dua rakyat Malaysia yang terkandas di Maldives.
SHAH ALAM - Dua rakyat Malaysia yang terkandas di Maldives susulan penerbangan mereka dibatalkan kini dalam perjalanan pulang ke tanah air.
Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kejayaan membawa pulang kedua-dua mereka itu hasil usaha perwakilan dan Wisma Putra.
Iklan
Iklan
"Alhamdulillah, saya telah dimaklumkan oleh Suruhanjaya Tinggi kita di Colombo bahawa mereka sekarang dalam perjalanan pulang ke tanah air.
"Terima kasih atas kata-kata semangat. Insya-ALLAH saya dan Wisma Putra akan sentiasa fokus terhadap usaha membantu rakyat Malaysia di luar negara," katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian melalui ruangan komen Facebook sebagai respons kepada ucapan terima kasih seorang pemilik akaun media sosial itu atas usaha membawa pulang dua rakyat yang terkandas itu.
Terdahulu, seorang pemilik akaun Facebook, Syahril Mazlan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Hishammuddin.
Iklan
"Terima kasih banyak-banyak Datuk Seri (Hishammuddin) dengan bantuan kedutaan kita di Sri Lanka, sepupu saya yang terkandas di Maldives sebab Air Asia batalkan penerbangan (akhirnya) dapat balik melalui Singapore Airlines hari ini.
"Kalau tak pening kepala. Kering dah di Maldives. Terima kasih Tok dan team Wisma Putra," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>