PENGURUS Arsenal, Mikel Arteta memberi amaran kepada pencabar Liga Perdana Inggeris (EPL) lain bahawa penyerang baharu, Viktor Gyokeres bakal menjadi ancaman besar selepas mempamerkan penyudah klinikal dalam aksi persahabatan pramusim.
Gyokeres yang direkrut dari Sporting Lisbon pada jendela perpindahan musim panas ini, meledak gol pembukaan ketika The Gunners menewaskan Athletic Bilbao 3-0 pada Ahad.
Iklan
Iklan
Aksi bertenaga dan gerakan agresif penyerang Sweden itu nyata memukau Arteta yang percaya bahawa beliau mampu mengubah wajah serangan Arsenal musim ini.
“Jika anda berdepan Gyokeres, dia akan menghancurkan anda. Dia ada kombinasi kekuatan fizikal, kelajuan dan naluri penyudah yang sukar dihentikan,” kata Arteta yang turut memuji keserasian pantas pemain itu bersama rakan sepasukan.
Kemenangan di Stadium Emirates itu menjadi petanda awal bahawa Arsenal bersedia mengharungi kempen EPL dengan barisan serangan lebih tajam, sekali gus menambah tekanan kepada pencabar utama kejuaraan.