Jenazah Zara Qairina dikebumikan malam ini juga - Peguam
Iklan
Kenderaan polis yang mengiring trak yang membawa jenazah Zara Qairina untuk dikebumikan semula di tanah perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang.
KOTA KINABALU – [DIKEMAS KINI] Jenazah Zara Qairina Mahathir akan dikebumikan malam ini di Tanah Perkuburan Islam Tanjung Ubi, Kampung Mesapol Lama, Sipitang.
Pengebumian dilakukan selepas proses bedah siasat terhadap jasad Zara Qairina selesai di Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQEI) pada jam 7.30 malam.
Iklan
Iklan
Peguam Shahlan Jufri yang mewakili Noraidah Lamat, 45, iaitu ibu kepada Zara Qairina berkata, proses bedah siasat yang bermula jam 11 pagi berjalan lancar.
Shahlan Jufri
Iklan
“Semasa proses berlangsung saya berada di dalam bilik bedah siasat sehingga selesai. Maksudnya, saya ikut proses pasukan forensik dan doktor melihat bagaimana pemeriksaan dilakukan dari segi luaran sehingga dalaman.
“Ada beberapa anggota polis yang turut masuk tetapi yang berada di dalam bilik bedah hanyalah saya dan pasukan forensik kerana itu memang keinginan keluarga Zara,” katanya kepada pemberita selepas selesai menyaksikan proses tersebut sepanjang hari.
Iklan
Mengulas mengenai laporan bedah siasat, beliau menjelaskan bahawa laporan akan disediakan oleh pasukan forensik, namun tidak dapat dipastikan bila ia akan diterima.
“Tidak pasti (bila laporan dikeluarkan), sebab bergantung kepada pasukan forensik. Terdapat empat pakar terlibat , seorang dari Hospital Sultan Idris Shah, Serdang, iaitu Dr Khairul Anuar Zainun dan tiga lagi dari HQEI iaitu Jessie Hiu, Dr Muhammad Uzair Ahmad Suriani dan Dr Cheng-Cheng.
“Biasanya tempoh menunggu tidak menentu, mungkin paling cepat tiga minggu, paling lambat dua bulan kerana ia melibatkan beberapa pakar yang perlu berbincang bagi menghasilkan laporan bedah siasat yang lebih terperinci,” katanya.
Ditanya jika terdapat sebarang kejanggalan sepanjang proses tersebut, Shahlan memaklumkan bahawa semuanya berjalan dengan baik.
“Saya harus berterima kasih kepada pasukan forensik. Dari jam 11 pagi hingga 7.30 malam mereka tidak berhenti bekerja, sentiasa membuat pemeriksaan secara teliti. Mereka bukan semborono setiap kecederaan diperiksa dan dinilai, malah jika ada kecederaan mereka akan memanggil saya untuk menerangkan butirannya.
“Maksudnya proses itu berjalan dengan mudah,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Tragedi kepala air Sungai Pertak: Empat lagi mangsa hilang ditemukan lemas"><meta itemprop="description" content="Empat lagi mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu, ditemukan lemas pagi Selasa menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan dihanyutkan arus sudah dikesan setakat ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, tiga mangsa ditemukan tersekat di kawasan Jambatan Senget berhampiran Camp Site Sungai Luit kira-kira jam 9.20 pagi.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803922/berita/semasa/tragedi-kepala-air-sungai-pertak-empat-lagi-mangsa-hilang-ditemukan-lemas
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #KepalaAir"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-10T03:35:07.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/go7Eg1gyf3hgPjnnm/x1080"><meta itemprop="duration" content="P115S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvcii2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvcii2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvcii2"></script>