Tiga remaja parah, motosikal bergesel sesama sendiri

Iklan
Tiga remaja cedera parah selepas motosikal yang ditunggang bergesel sesama sendiri di KM262 Lebuhraya Utara–Selatan arah utara, awal pagi Ahad.

SEREMBAN – Tiga remaja yang tidak memiliki lesen memandu parah selepas motosikal yang mereka tunggang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 262 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, awal pagi Ahad.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintenden Muhd Amrul Yazid Anuar berkata, kemalangan jam 3.50 pagi itu berlaku apabila seorang penunggang motosikal cuba mengelak sebuah kereta yang tidak dikenal pasti sebelum bergesel dengan dua motosikal lain.

Iklan
Iklan

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang pertama mengelak sebuah kereta lalu bergerak ke kiri dan bergesel dengan penunggang kedua.

“Akibat perlanggaran itu, kedua-dua motosikal terjatuh, manakala sebuah lagi motosikal yang datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu turut terlibat,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Iklan

Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban untuk rawatan lanjut.

Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) untuk rawatan lanjut, dengan dua daripada mereka dilaporkan mengalami kecederaan serius dan dirawat di zon merah.

Iklan

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Semakan mendapati salah seorang daripadanya mempunyai satu rekod lampau di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan manakala dua lagi penunggang tiada rekod jenayah.

“Kenderaan terlibat dibawa ke Trafik Seremban dan akan dibawa ke Puspakom Senawang untuk pemeriksaan,” ujar beliau.