KUANTAN - Pahang membolot enam anugerah termasuk Anugerah Utama Kadar Purata Penginapan Tertinggi Terbaik di Malaysia pada Malam Anugerah Industri Pelancongan 2025 di Sunway, Selangor pada Sabtu.
Tourism Pahang dalam kenyataannya berkata, lima anugerah lain turut diberikan termasuk kepada Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) iaitu Anugerah Inisiatif Pembangunan Pelancongan Terbaik dan Anugerah Destinasi Rekreasi Terbaik, manakala Bilut Hills Eco Resort Pahang menerima Anugerah Resort Inovasi dan Kreatif Terbaik.