Dua lelaki diserang suspek bersenjatakan parang, besi

Iklan
Dua lelaki cedera selepas diserang oleh dua suspek bersenjatakan parang dan besi di hadapan sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi Sabtu.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki cedera selepas diserang oleh dua suspek bersenjatakan parang dan besi di hadapan sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi Sabtu.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi MERS 999 pada jam 2.15 pagi berhubung kes pergaduhan yang berlaku di hadapan pusat hiburan berkenaan.

Iklan
Iklan

“Saksi mendakwa salah seorang mangsa dilihat bergaduh mulut dengan seorang suspek di kawasan jalan raya berhampiran pusat hiburan tersebut sebelum seorang lagi suspek datang menyerang menggunakan parang dan besi.

“Kedua-dua mangsa berusia 33 dan 47 tahun itu mengalami kecederaan dan telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Ku Mashariman berkata, kedua-dua suspek berusia 30-an itu melarikan diri selepas kejadian.

“Siasatan di tempat kejadian berjaya membawa kepada rampasan beberapa barang kes yang dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden tersebut bagi membantu siasatan.

Iklan

“Suspek yang terlibat diminta menyerah diri kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields atau mana-mana balai polis berhampiran.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan,” ujarnya.