SEREMBAN - Seorang lelaki warga Indonesia yang dipercayai sedang melintas jalan dari lorong kecemasan maut akibat dilanggar sebuah kereta di KM238.4 Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Ayer Keroh-Senawang di sini pada Sabtu.
Timbalan Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden berkata, kejadian berlaku pada 8.18 pagi dan mangsa yang merupakan kelindan lori berusia 32 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di bahagian badan serta kepala.