KOTA BHARU - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu meninjau projek penanaman padi di Kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) di Desa Gemalai Baruh Padi Alami, Mulong.
Beliau tiba pada jam 11.15 pagi diiringi Menteri Besar Kelantan Datuk, Mohd Nassuruddin Daud dan Pengerusi KADA, Khalid Abdul Samad sebelum mendengar taklimat mengenai pelaksanaan projek berkenaan.