Kemudahan MEV kepada pekerja Bangladesh sah - KDN
Iklan
KDN mengumumkan pemberian kemudahan MEV kepada pekerja asing warganegara Bangladesh berkuat kuasa mulai Jumaat. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan pemberian kemudahan Multiple Entry Visa (MEV) kepada pekerja asing warganegara Bangladesh berkuat kuasa mulai Jumaat.
Menurut kenyataan KDN, kemudahan tersebut membolehkan pekerja yang memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dengan Visa Sekali Masuk (SEV) pada tahun semasa tidak perlu membuat permohonan MEV secara berasingan.
Iklan
Iklan
“Kemudahan ini akan diselaraskan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di pintu masuk antarabangsa bagi pemegang PLKS yang masih sah," kata kenyataan itu.
Ujar KDN, MEV akan diberikan semasa proses lanjutan tempoh PLKS pada tahun berikutnya.
Iklan
Pelaksanaan langkah tersebut membolehkan KDN memperkukuh pengurusan keluar masuk pekerja asing yang sah, di samping mengurangkan risiko penyalahgunaan pas imigresen menerusi sistem pemantauan yang lebih sistematik.
Ia juga dijangka dapat mengurangkan kesesakan permohonan visa baharu di Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.
Iklan
“Kemudahan MEV ini mencerminkan komitmen Malaysia untuk mengukuhkan hubungan dua hala dengan Bangladesh, khususnya dalam aspek kerjasama buruh yang beretika dan berperaturan.
“Ia turut memperlihatkan kesediaan Malaysia untuk meningkatkan kemudahan dan perlindungan hak pekerja asing yang sah, selaras dengan undang-undang perburuhan dan amalan antarabangsa,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>