Kelantan berpotensi dalam penerokaan nuklear

Iklan
Mohammad Yusof berkata Kelantan berpotensi dalam penerokaan nuklear dan boleh dimajukan seperti negeri lain tetapi memerlukan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

TUMPAT - Kelantan berpotensi dalam penerokaan nuklear dan boleh dimajukan seperti negeri lain tetapi memerlukan kerjasama dengan Kerajaan Persekutuan.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohammad Yusof Apdal berkata, walaupun sebagai negeri pembangkang namun boleh diteroka untuk pembangunan rakyat.

Iklan
Iklan

"Walaupun Kelantan negeri pembangkang, tidak bermakna kita mengendahkan potensinya, kena ada kerjasama supaya apa yang kita lakukan bukan kerana politik. Lagipun kita bekerja untuk rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Teknologi Nuklear Perkasa Komuniti: Santuni Rakyat Kelantan Demi Aspirasi Madani pada Jumaat.

Iklan

Hadir sama, Ketua Setiausaha MOSTI, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Farah Adura Hamidi.

Beliau memberitahu, negeri ini turut menikmati manfaat yang disalurkan kepada rakyat melalui Program Satelit Teknologi Nuklear Santuni Kasih Rakyat sempena Program Madani Rakyat 2025 Kelantan yang berlangsung di Jeti Kasih Kampung Pasir Pekan Tengah, Tumpat.

Iklan

"Program ini turut mengetengahkan projek pertanian berasaskan teknologi nuklear khususnya penanaman padi di bawah Projek Dana Penyelidikan Strategik (SRF) iaitu salah satu inisiatif pembiayaan di bawah Dana Pemacu Teknologi Strategik Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI).

"Projek ini membabitkan beberapa kawasan di Kelantan seperti Melor dan Pasir Mas yang berkeluasan sebanyak lima hektar.

Jelas beliau, sebanyak sepuluh titisan padi termaju berjaya dihasilkan melalui projek SRF bertajuk 'Development and Commercialization of Climate-Resilient Rice Varieties to Increase National Yield Production'.

Menurut beliau, Kampung Pasir Pekan Tengah dipilih kerana pelaksanaan projek pembangunan jeti terapung biokomposit di bawah inisiatif Kampung Angkat Madani, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

"Jeti terapung ini merupakan hasil inovasi penyelidik Nuklear Malaysia yang menggunakan bahan biokomposit mesra alam serta modul apungan khas dan berfungsi sebagai hub penyaluran bantuan ketika banjir, laluan operasi untuk pasukan penyelamat, tarikan pelancongan yang berlatar belakang Sungai Kelantan," katanya.