Tamat sekolah usia 16 tahun berisiko tingkat pengangguran belia
Iklan
Ketiadaan laluan yang jelas selepas tamat persekolahan boleh mendedahkan pelajar kepada masalah pengangguran atau pekerjaan tidak setara. (Foto hiasan)
SHAH ALAM - Cadangan supaya menamatkan persekolahan pada usia 16 tahun berkemungkinan mewujudkan potensi risiko tertentu termasuk dari segi peningkatan pengangguran dalam kalangan belia.
Pengerusi Persatuan Ibu Bapa untuk Pendidikan (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, ketiadaan laluan yang jelas selepas tamat persekolahan boleh mendedahkan pelajar kepada masalah pengangguran atau pekerjaan tidak setara, khususnya dalam pasaran kerja yang kompetitif.