Kerajaan kaji model UK, Singapura, Australia, India bagi pelantikan hakim - Azalina
Iklan
Azalina. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang melaksanakan satu kajian perbandingan berasaskan bukti terhadap model pelantikan kehakiman di beberapa negara seperti United Kingdom, Singapura, Australia dan India.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kajian tersebut sedang dijalankan secara inklusif melalui sesi libat urus bersama pelbagai pihak berkepentingan.
Iklan
Iklan
“Ia termasuklah badan kehakiman, Majlis Peguam Malaysia, ahli-ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan blok pembangkang, institusi pengajian tinggi, pakar Perlembagaan Persekutuan, organisasi masyarakat sivil serta melibatkan pandangan awam.
“Pendekatan ini bertujuan memastikan proses pelantikan dilaksanakan dengan lebih telus, bebas dan selaras dengan prinsip-prinsip Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman web Parlimen.
Iklan
Beliau menjawab soalan lisan Pang Hok Liong (PH–Labis) yang bertanya sama ada kerajaan bersedia menjadikan kekananan sebagai kriteria utama dalam pelantikan hakim ke jawatan kanan bagi mengelakkan kontroversi setiap kali berlaku pengisian jawatan seperti Ketua Hakim Negara.
Menurut Azalina, pelantikan Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan serta jawatan kehakiman kanan lain adalah tertakluk kepada Perkara 122B(1) Perlembagaan Persekutuan.
Iklan
“Kerajaan sentiasa menghormati pemisahan kuasa antara badan legislatif, eksekutif dan badan kehakiman.
“Kami akan terus komited dalam memastikan bahawa pelantikan jawatan-jawatan penting negara termasuk Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan, dibuat berdasarkan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang sedia ada,” jelasnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar"><meta itemprop="description" content="Penolakan GST bukan soal politik, kerajaan mahu utamakan kebajikan rakyat - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan pendirian kerajaan untuk tidak memperkenalkan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bukan didorong pertimbangan politik, sebaliknya bagi memastikan sistem percukaian negara tidak membebankan rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata pelaksanaan semula GST ketika pendapatan rakyat masih rendah bukan pilihan yang wajar kerana cukai itu bersifat menyeluruh dan berpotensi meningkatkan tekanan kos sara hidup.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804236/berita/nasional/penolakan-gst-bukan-soal-politik-kerajaan-mahu-utamakan-kebajikan-rakyat---anwar
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #GST"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-12T04:05:05.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P187S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvvhmu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvvhmu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvvhmu"></script>