KUALA KRAI – Seorang wanita warga emas ditemukan meninggal dunia dalam keadaan hampir mereput di ruang tamu sebuah unit rumah pangsa di Sri Guchil di sini, pada Selasa.
Mayat wanita berusia 69 tahun itu ditemukan selepas pihak polis meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk membuka pintu rumah yang berkunci, susulan aduan bau busuk daripada penduduk setempat.