SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menafikan dirinya menawarkan bantuan berjumlah RM20,000 kepada mana-mana individu seperti yang tular di media sosial.
Muhamad Akmal yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, akaun palsu menggunakan namanya telah dibuat dengan niat untuk menjatuhkan nama baik beliau.