SANTI Cazorla akhirnya bakal menamatkan karier gemilang bersama kelab liga Sepanyol kampung halamannya, Real Oviedo selepas lebih dua dekad menabur bakti di pentas bola sepak profesional.
Bekas bintang tengah Arsenal dan Villarreal itu mengesahkan musim 2025/26 akan menjadi musim terakhirnya sebagai pemain, sekali gus melengkapkan perjalanan penuh emosi yang ‘berpatah balik’ ke akar umbinya Oviedo, kelab yang ditinggalkannya pada 2003.