BEREGU lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi–Yap Roy King menampilkan persembahan luar biasa untuk menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Macau Super 300 selepas menundukkan pasangan pilihan dari Indonesia, Sabar Karyaman Gutama–Moh Reza Pahlevi Isfahani di Macao East Asian Games Dome, Cotai, pada Ahad.
Set pertama menyaksikan Wan Arif–Roy King, selaku pilihan keempat, bermula cemerlang apabila menjinakkan Sabar–Reza dalam aksi sengit yang berkesudahan memihak kepada pasangan negara, 22-20.