Operator kilang maut kereta terbabas langgar pokok

Iklan
Keadaan kereta mangsa yang dipercayai hilang kawalan dan terbabas dalam kejadian di Kilometer (KM) 76, Jalan Johor Bahru- Ayer Hitam pagi Sabtu. - Foto: IPD Kluang

KLUANG – Gara-gara hilang kawalan, seorang operator kilang maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dalam kejadian di Kilometer (KM) 76, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam, pada pagi Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kluang, Superintenden Nik Mohd Azmi Husin berkata, pihaknya menerima makluman berhubung kejadian tersebut pada jam 8.20 pagi.

Iklan
Iklan

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa yang dikenali sebagai Kamaruzaman Kussin, 32, dalam perjalanan dari Simpang Renggam menghala ke Ayer Hitam.

“Bagaimanapun, ketika sampai ke lokasi kejadian, kereta jenis Proton Satria yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok di sebelah kiri jalan.

Iklan

“Akibatnya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Keadaan kereta mangsa yang dipercayai hilang kawalan dan terbabas dalam kejadian di Kilometer (KM) 76, Jalan Johor Bahru- Ayer Hitam pagi Sabtu. - Foto: IPD Kluang

Iklan

Untuk rekod, kemalangan berkenaan turut menyebabkan kerosakan pada bahagian hadapan dan kanan kenderaan mangsa yang beralamat di No. 262, Felda Pemanis Satu, 85009 Segamat, Johor.

Sementara itu, Nik Mohd Azmi berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Siasatan lanjut berhubung kes ini masih diteruskan dan dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat, Insp. K. Pugalenthi,” katanya.