Kematian pelatih Palapes: Jawatankuasa siasatan ditubuhkan - Khaled Nordin

Iklan
Mohamed Khaled

PASIR GUDANG - Kementerian Pertahanan sudah menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi menyiasat kematian seorang pelatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pusat Latihan Darat (Pulada) Ulu Tiram pada Isnin lalu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, selain kementeriannya jawatankuasa berkenaan disertai Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Iklan
Iklan

"Saya difahamkan bedah siasat sudah pun dibuat. Tetapi kita belum dapat keputusan namun di peringkat ATM kita sudah tubuhkan satu jawatankuasa untuk siasat mengenai punca dan sebab kematian mangsa," katanya pada sidang akhbar selepas Persidangan UMNO Bahagian Pasir Gudang di Taman Mawar pada Sabtu.

Pada Jumaat, PDRM dilaporkan akan menjalankan siasatan terperinci punca kematian seorang pelatih Palapes UTM Skudai, semasa menjalani latihan di Pulada, pada 28 Julai lalu.

Iklan

Ibu kepada seorang pelatih Palapes UTM Skudai, Johor, dilaporkan menuntut agar siasatan segera dijalankan berhubung kematian anaknya sewaktu menjalani latihan dikendalikan pasukan itu Isnin lalu.

Ummu Haiman Bee Daulatgun, 45, dilaporkan berkata anaknya, Syamsul Haris Shamsudin, 22, meninggal dunia ketika menjalani latihan Palapes UTM Pulada, Lapang Sasar Inokulasi Tempur, Pulada, Ulu Tiram, Johor dengan sebab kematian yang belum jelas serta meragukan.

Iklan