KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) kini menguasai sebanyak 92 peratus saham dalam FGV Holdings Bhd (FGV), sekali gus membuka laluan kepada pemilikan penuh serta penstrukturan semula syarikat itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, proses pemilikan penuh itu akan dimuktamadkan oleh Bursa Malaysia dan keuntungan daripadanya dijangka disalurkan semula kepada warga peneroka.