Tiga kedai dua tingkat di Jalan Ungku Puan terbakar
Iklan
Tiga unit kedai di Jalan Ungku Puan di tengah pusat bandar Johor Bahru terbakar dalam kebakaran pada pagi Sabtu. Foto tular
JOHOR BAHRU – [DIKEMAS KINI]  Kebakaran membabitkan tiga unit kedai dua tingkat di Jalan Ungku Puan pada pagi Sabtu mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya pada jam 2.55 petang.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Nordatul Badrol Abd Rahman berkata, panggilan kecemasan mengenai insiden itu diterima pada jam 7.28 pagi.
Iklan
Iklan
Beliau memaklumkan, operasi pemadaman disertai 31 anggota dari BBP Larkin, Tebrau dan Kota Tinggi bersama enam jentera termasuk FRT, EMRS, RIM, tangki air dan Triton.
“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO), didapati benar berlaku kebakaran melibatkan tiga unit kedai kekal setiap satu. Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan menggunakan dua aliran sepanjang 300 kaki dan empat pancutan air.
Iklan
Kebakaran dianggarkan memusnahkan kira-kira 95 peratus struktur bangunan tersebut, bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa. Foto tular
“Sumber air diperoleh daripada tangki jentera serta pili bomba berhampiran. Namun, operasi menghadapi kesukaran susulan tekanan air pili bomba yang rendah. Pihak SAJ telah dihubungi untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan.
Iklan
Jelas beliau, kebakaran dianggarkan memusnahkan kira-kira 95 peratus struktur bangunan tersebut, bagaimanapun tidak melibatkan sebarang mangsa.
Video kebakaran bangunan kedai yang terletak di tengah pusat bandar Johor Bahru itu tular di media sosial.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco"><meta itemprop="description" content="Johor cipta sejarah, pertama kali lantik 10 Timbalan Exco
Kerajaan Johor buat pertama kalinya melantik 10 Timbalan Exco bagi memperkukuhkan pentadbiran serta mempercepat pelaksanaan dasar, projek dan program ke arah merealisasikan agenda Maju Johor 2030.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pelantikan itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail bagi meningkatkan kapasiti pentadbiran kerajaan negeri selaras dengan pembangunan Johor yang semakin pesat.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/788914/edisi/johor/johor-cipta-sejarah-pertama-kali-lantik-10-timbalan-exco
opyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ExcoJohor #OnnHafiz"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-22T09:01:20.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P134S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xar75li"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xar75li"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xar75li"></script>