Warga emas rugi RM57,000 diperdaya SMS palsu pegawai Bank Negara

Iklan
Seorang warga emas kerugian lebih RM57,000 selepas terpedaya dengan SMS yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia pada Jumaat. Gambar hiasan

TANGKAK – Seorang warga emas kerugian lebih RM57,000 selepas terpedaya dengan mesej pesanan ringkas (SMS) yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib berkata, mangsa merupakan seorang lelaki tempatan berusia 69 tahun, menerima SMS kononnya daripada pegawai Bank Negara sebelum memberikan maklumat perbankan atas talian miliknya.

Iklan
Iklan

“Selepas memperoleh akses ke akaun mangsa, suspek bertindak memindahkan wang ke dalam dua akaun disyaki akaun keldai dalam empat transaksi berasingan.

“Jumlah keseluruhan kerugian yang dialami mangsa adalah sebanyak RM57,290,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Jelas beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan tidak mudah percaya dengan sebarang mesej yang menyamar sebagai pegawai institusi kewangan.

Iklan

“Orang ramai digesa membuat semakan terlebih dahulu serta mendapatkan maklumat terkini berkaitan modus operandi penipuan melalui laman sosial rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial seperti Facebook, Instagram dan TikTok.

“Sekiranya menjadi mangsa penipuan, hubungi segera Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 bagi membolehkan tindakan awal menyekat pengaliran keluar wang daripada akaun suspek,” katanya.