Bahagian komponen kereta potong hangus dalam kebakaran
Iklan
GOMBAK - Lima bahagian komponen kereta yang dipotong (half cut) hangus dalam kejadian kebakaran di Jalan TTIB 1/9, Taman Industri Bolton di sini, malam tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian pada jam 11.49 malam.