'Dilarang meninggal dunia di bandar ini'

Iklan
Ia kini menjadi lokasi popular kunjungan Gen Z di TikTok. - Foto Agensi

LANJARON - Peraturan yang dikenakan di pekan kecil ini sememangnya luar biasa.

Sejak lebih 25 tahun lalu, Lanjaron di wilayah Granada, Andalusia di Sepanyol melarang kematian penduduk.

Iklan
Iklan

Undang-undang diperkenalkan bekas Datuk Bandar, Jose Rubio pada 1999 yang menggesa komuniti di bandar tersebut menjaga kesihatan masing-masing sehingga majlis perbandaran mencari penyelesaian kepada tanah perkuburan yang sesak.

Menurut laporan media pada masa itu, Rubio berdepan tekanan kerana ketiadaan tanah untuk dijadikan tempat persemadian.

Iklan

"Pada masa itu, ramai yang menganggap peraturan tersebut sebagai jenaka, namun mereka tetap cuba mematuhinya," ujar Rubio.

Bagaimanapun masih tidak jelas sama ada masalah itu sudah dapat diatasi selepas lebih dua dekad.

Iklan

Sehingga kini, Lanjaron masih mempunyai sebuah kawasan perkuburan yang terhad.

Selain daripada larangan pengebumian, bandar kecil itu yang berpopulasi kira-kira 4,000 penduduk merupakan lokasi popular kunjungan Gen Z di TikTok yang dijadikan sebagai destinasi alternatif kepada tempat pelancongan tumpuan ramai seperti Barcelona dan Majorca. - Agensi