QUITO - Seorang bintang TikTok menjadi mangsa tembakan kekasihnya sendiri dan kejadian menggemparkan itu turut dipaparkan secara langsung.
Keyla Andreina González Mercado, 28, maut ditembak sebanyak dua kali ketika dia bersama teman lelakinya sedang mengambil minuman alkohol.
Iklan
Iklan
Pihak berkuasa mengesahkan pembunuhan secara langsung itu berlaku di kediaman Keyla di Guayaquil, Ecuador pada Sabtu lalu.
Wanita itu dikatakan mencabar suspek, Manuel Andrés Álava Lázaro sebelum dia benar-benar mengacukan pistol tepat pada kepalanya meskipun dihalang rakan mereka.
Detik akhir hidup pempengaruh itu disaksikan pengikutnya di platform berkenaan.
Rakannya yang turut berada di lokasi kejadian bertindak segera menamatkan live stream tersebut dan bergegas ke rumah keluarga mangsa untuk memaklumkan tentang insiden berkenaan.
Difahamkan, Lazaro melarikan diri dengan menunggang motosikal dan kini diburu polis sementara siasatan masih dijalankan. - Agensi