RMK13 sasar pertingkat martabat rakyat – Amir Hamzah
Iklan
Amir Hamzah. Foto Jabatan Penerangan Malaysia
KUALA LUMPUR – Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyasarkan rakyat akan menerima manfaat secara langsung daripada inisiatif pembangunan ekonomi negara.
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, teras yang dirangka dalam Ekonomi Madani adalah untuk melakar semula pembangunan demi meningkatkan martabat rakyat.
Iklan
Iklan
“Kita nampak landasan yang ada dalam Malaysia ini tepat agar kita dapat mencapai aspirasi Ekonomi Madani untuk menjadi satu negara yang lebih membangun.
“Bukan sahaja membangun, tetapi mementingkan rakyat juga supaya dapat merasa nikmat pembangunan yang kita adakan,” katanya pada sidang akhbar selepas pembentangan RMK13 di Dewan Rakyat pada Khamis.
Iklan
Justeru, Amir Azizan yang turut menjalankan tugas Menteri Ekonomi menegaskan, pembentangan Perdana Menteri merangkumi banyak kawasan yang harus ditekankan dalam membangunkan sumber ekonomi.
“RMK13 ini adalah satu pemangkin untuk kita mencapai aspirasi Ekonomi Madani. Aspirasi kita besar, jadi kita kena berani melonjak ke depan dan mengambil pendekatan yang lain daripada apa yang telah kita buat.
Iklan
“Kerana itulah, kita mengambil pendekatan untuk merancakkan dan membesarkan ekonomi serta mencari jalan untuk meningkatkan peluang yang ada dalam negara agar rakyat mendapat pekerjaan yang lebih baik di masa depan,” ujarnya.
Katanya, perincian lanjut mengenai pelaksanaan dan inisiatif RMK13 akan diketahui semasa sesi perbahasan di sidang Dewan Rakyat selepas ini.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>