[VIDEO] Geng Ali curi kad sistem TM ditahan

Iklan

SUNGAI PETANI - Polis berjaya menumpaskan kegiatan mencuri kad sistem di kabinet milik Telekom Malaysia (TM) yang menyebabkan kerugian mencecah RM80,000 dengan menahan dua lelaki di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, penahanan kedua-dua suspek berusia 24 dan 27 tahun, yang dikenali sebagai Geng Ali, sekitar daerah ini dibuat menerusi Op Pintu yang dijalankan berikutan peningkatan kes kecurian sejak kebelakangan ini.

Iklan
Iklan

Hanyan (tiga dari kanan) menunjukkan kad sistem di kabinet milik TM yang menyebabkan kerugian cecah RM80,000.

"Kedua-dua suspek yang ditahan mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan dadah dan jenayah... Polis turut merampas satu guni putih yang mengandungi 29 kad kabinet milik TM (Streamyx) dan satu kotak kad kabinet TM," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Iklan

Menurutnya, modus operandi kumpulan ini adalah menyasarkan kawasan pencawang milik TM yang berada di tepi jalan kerana mudah dicuri dan menjualnya ke premis barang lusuh.

Tambahnya, kegiatan kumpulan itu menyebabkan TM mengalami kerugian kira-kira RM80,000 akibat gangguan perkhidmatan internet jalur lebar di sekitar kawasan berkenaan.

Iklan

Kedua-dua suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Dalam perkembangan berlainan, Hanyan berkata, sebanyak 974 saman dikeluarkan atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah menerusi operasi trafik berskala besar yang dijalankan di seluruh daerah.

“Polis menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya lebih berwaspada dan sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelakkan kemalangan serta kehilangan nyawa,” katanya.