Jasa, pengorbanan pahlawan negara terus dikenang - PM
Iklan
Anwar bersama isteri mengiringi Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah ke majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat di Masjid Negara pada Rabu. Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR - Jasa dan pengorbanan pahlawan serta perwira negara akan terus dikenang dalam lipatan sejarah Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menyifatkan pengorbanan mereka ialah momen penting dalam memastikan keamanan, keselamatan dan keharmonian negara terus kukuh serta dipertahankan.
Iklan
Iklan
"Semoga ALLAH menempatkan para pahlawan dan perajurit yang telah berkorban darah dan nyawa, demi keamanan tanah air, dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Terdahulu, Anwar dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengiringi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah ke majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat di Masjid Negara bersama-sama anggota pasukan keselamatan dan orang ramai bersempena dengan sambutan Hari Pahlawan tahun ini.
Iklan
Esok, sambutan Hari Pahlawan 2025 akan diadakan di Dataran Pahlawan Negara, Putrajaya.
Sambutan Hari Pahlawan disambut pada 31 Julai setiap tahun sebagai memperingati perjuangan serta pengorbanan anggota keselamatan negara demi kemakmuran serta kedaulatan negara dan dianjurkan secara bergilir-gilir antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 1968. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>